Kumpulan Legenda
Wujud pada sekitar tahun 1987, kumpulan ini mengggunakan nama ILA’Z bersempena nama adik kepada pengurus sebuah studio yang terletak di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Nama itu kemudiannya ditukar kepada LEGENDA atas kehendak syarikat rakaman.
Anggota-anggota kumpulan ini terdiri daripada Aron (vocal), Black (gitar), Joe (bass) dan Jimmy (dram) yang mana kesemua mereka berasal dari Kuala Lumpur dan amat meminati bidang muzik. Sebelum menjadi artis rakaman lagi mereka aktif menjalani latihan muzik bersama antara lokasinya adalah di Taman Mulia, Kuala Lumpur.
Wujud pada sekitar tahun 1987, kumpulan ini mengggunakan nama ILA’Z bersempena nama adik kepada pengurus sebuah studio yang terletak di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Nama itu kemudiannya ditukar kepada LEGENDA atas kehendak syarikat rakaman.
Anggota-anggota kumpulan ini terdiri daripada Aron (vocal), Black (gitar), Joe (bass) dan Jimmy (dram) yang mana kesemua mereka berasal dari Kuala Lumpur dan amat meminati bidang muzik. Sebelum menjadi artis rakaman lagi mereka aktif menjalani latihan muzik bersama antara lokasinya adalah di Taman Mulia, Kuala Lumpur.
LEGENDA dari kiri - Firdaus (Joe), Radzali (Black), Haron (Aron) dan Azmi (Jimmy) |
Penyertaan terawal mereka adalah ketika menyertai Battle Of The Bands di Galactica Kotaraya yang mana pada waktu itu banyak band yang bertanding dan mereka berjaya mara ke peringkat semi final.
Bagaimana kisahnya penglibatan kumpulan ini dengan rakaman album?
“Kes bermula pun secara tidak sengaja rasanya dalam tahun 1988. Masa tu Black (gitaris) datang memberitahu ada syarikat rakaman memanggil kami untuk audition. Kami pun pergilah ke Studio Wasiat yang terletak di Kompleks Wilayah tempat di mana berlangsungnya audition tersebut lalu kami pun dipilih. Dari situ bermulalah kisah kami sebagai artis rakaman. Kami menandatangani kontrak bersama Perdana Muzikal Industri (PMI) selama 3+1 tahun dan sempat menghasilkan sebuah album,” cerita Aron selaku vokalis kumpulan Legenda.
Album Kumpulan Legenda |
Album Legenda yang juga berjudul ‘Legenda’ diterbitkan pada tahun 1989 oleh penerbit Frankie Ong. Album ini berkonsepkan slow rock dan mengandungi banyak lagu-lagu hits antaranya Kerna Cintaku, Sekadar Seorang Insan, Terbakarnya Taman Cinta dan Hikayat Cinta Kita.
Kemunculan Legenda dalam arus seni mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Persembahan Legenda di mana sahaja menggamit perhatian ramai. Surat-surat dari peminat tidak terhitung banyaknya hinggakan tidak sempat untuk dibalas. Itu antara cebisan kenangan terindah mereka.
Bagaimanapun Legenda tidak sempat mengadakan persembahan di luar negara, hanya di dalam Malaysia.
Seperti kumpulan rock yang lain, Legenda tidak terlepas berhadapan dengan dugaan sepanjang penglibatan mereka sebagai artis rakaman.
“Pernah kami ditipu oleh promoter show. Masa itu kami nak buat konsert di Stadium Indera Mulia Ipoh bersama kumpulan-kumpulan rock lain antaranya kumpulan Masa. Siap promote dalam radio Ipoh lagi masa tu. Last-last konsert tak jadi. Masa tu arwah Zul dan Lan Masa masih ada lagi,”ujar Aron mengingati peristiwa itu.
Di sebalik sinonimnya nama Legenda dengan slow rock, tersingkap ketidakpuasan hati terhadap konsep muzik yang pernah mereka bawakan dahulu.
“Saya sendiri tidak berpuas hati dengan lagu-lagu jiwang dan slowrock yang macam tidak kena dengan imej kami. Lagu-lagu dalam album itu pun bukannya semua pilihan kami. Konsep ditentukan oleh syarikat rakaman. Saya tak dapat apa yang saya nak dalam album itu. Mungkin kerana pembikinan album yang dilakukan dengan kadar yang segera.”
“Apa pun kami bersyukur kerana album itu berjaya dilahirkan. At least pengalaman telah mengajar kita,” ujarnya.
Kumpulan Legenda bersama ex-keyboardist mereka, Ayu |
“Kami tidak lama dengan PMI. Selepas itu kami berpindah ke Sony Music pula dan sempat merakamkan beberapa buah lagu untuk album yang bakal diterbitkan oleh Aris Ariwatan. Tapi jodoh kami tak panjang kerana terpaksa berpecah atas sebab-sebab peribadi. Mungkin ada hikmah di sebalik ketentuanNya itu,” ujarnya lagi.
Sehingga kini lagu-lagu Legenda masih lagi kedengaran di corong-corong radio terutamanya di dalam segmen permintaan lagu. Ternyata mereka masih lagi dikenali dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri. Namun tidak inginkah kumpulan ini bersatu semula untuk kembali mewarnai persada muzik tanahair?
“Dulu masa mula-mula menyanyi umur baru 20 tahun. Sekarang ni umur pun dah berganda. Makin lama makin tua. Kadang-kadang ada la juga rasa rindu pada bidang muzik, tapi semua tu dah menjadi kenangan. Allah tidak mahu kami terus terlibat dalam dunia muzik. Syukur lah..”
“Tak dapat saya bayangkan diri saya dulu dengan rambut panjang sampai ke pinggang, dengan seluar ketat, Ya Rabbi.. Kalau direnung-renungkan, apalah yang telah aku buat ni dalam keadaan sebegitu rupa,” luah Aron yang mengakui telah bersara tetap dari dunia hiburan.
Kini beliau merupakan seorang usahawan dan menetap di Kota Damansara. Joe pula menetap di Chemor, Ipoh dan dengarnya kini memegang gelaran Paduka Ayahanda Diraja di dalam Pekida. Black dan Jimmy pula masing-masing masih menetap di Kuala Lumpur.
Sesuai dengan namanya Legenda, riwayat kumpulan ini telahpun menjadi Lagenda yang akan terus diingati oleh peminat-peminat muzik slow rock di seluruh tanahair dan nusantara.
Sumber : Cromirama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan